MEREKA.SUKA.JALAN-JALAN

Memaparkan catatan dengan label wanita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label wanita. Papar semua catatan

18 Mei 2011

Seindah-indah Perhiasan (,")

Dia umpama simpanan embun
Dia lah penyejuk
Penyeri di kala hari

Dia umpama bisa
Dia lah racun
Dia jua lah penawar

Dia umpama lilin
Rela mencair membakar diri
Demi menerangi di kala kegelapan

Dia..
Penghibur diwaktu kesunyian
Setia menunjuk jalan
Hatinya penuh kaseh sayang
Bersama sifat kasihi kasihani

Jangan di pandangnya lemah
Jangan di nilai kekurangan
Jangan di hina kepincang
Kerna mampu menggoncang dunia

Itulah wanita.
Hiasan dunia
Itulah seindah-indah perhiasan
Itu jua seindah-indah ciptaan-Nya..


*auto-publish 
p/s: tidak ku pandai bermadah kata, bermanis bicara, cuma mencoret apa yg terlintas diminda..
copyrighted by CA..on 17 may 2011.. 20:57 pm




25 April 2011

Majlis Pernikahan....Ku (^_^)'

Selamat petang wahai sekalian pembaca
Hujung minggu yg penat membuatkan ku terleka
Namun hati ku berbunga ceria
Alhamdulillah berjalan lancar segalanya

Setelah segala pahit manis ku harungi
Susah senang ku tempuhi
Halangan rintangan ku hadapi
Akhirnya segalanya menjadi hakiki duniawi

Ku panjatkan syukur pada-MU
Kerna dua hati telah bersatu
Ku harapkan limpah rahmat-MU
Meneruskan perjalanan dua hati yg Kau Satu

Di majlis ini Kau satukan kami
Menampakkan kerjasama kami
Walaupun kecil, gembira hati kami
Terima kaseh syukur dari kami

Kepada ayah dan bonda
Buat kakanda-kakanda & adinda-adinda
Bertungkus lumus apa yg ada
Ku menahan sebak di dada

Xmampu lagi ku mengatur kata
Ku sayangi mereka xterkata
Kerna ku takut mengalir airmata
Ku berhenti mencoret kata

terima kaseh adinda Alyn Dalila (see picture of wedding)
kerna menyisipkan potret keluarga..


22 April 2011

Bicara Jumaat : Hati Wanita (-_-')

Hati wanita ini lembut
Mudah tersentuh dan mudah di sentuh
Andai ia tersentuh kasihi lah ia
Andai ia di sentuh jagai lah ia
Tapi mengapa bila membuat ia tersentuh, tidak pula mengasihi
Dan mengapa setelah ia disentuh, tidak jua menjaga

Kadangkala
Hati wanita ini bak air yg menitis di dalam gua
Setitis demi setitis ia menitis perlahan
Lalu membentuk stalaktit dan stalakmit
Dan menjadi sekeras-kerasnya
Bukan pintanya berbegitu, namun keadaan yg membentuk
Kerna sebaik kejadian wanita itu di anugerahkan kelembutan

Bak kata-kata  :
Wanita ini bukanlah sehebat Khadijah yang begitu sempurna dalam menjaga.
Juga bukanlah sekuat Hajar dan Sarah yang begitu setia dalam sengsara . 
Mungkin kasih wanita ini tidak setulus Zulaikha, malahan rupa juga tidak secantik Balqis.

Moral : Kita bukannya sempurna untuk perolehi seseorang yg sgt sempurna untuk temani hayat kita. Terima lah seadanya, jgnla terlalu berharap akan kesempurnaan.



18 Mac 2011

Aku Cuma Sampah :(

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.


Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.


Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Jauh atau dekat, bayanganmu akan sentiasa diingati.


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah dihatinya kamu tetap yang terbaik.


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “leave me!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda. Jgn lupa bahawa oaring yg melahirkan kita adalh perempuan..dengan kudrat mereka lahir la kita menjengah dunia ini..

21 Februari 2011

Khas Buat Di Kau & Semua Lelaki :)

jika seorang gadis menangis dihadapan kamu,

itu bermakna dia tidak dapat menahannya lagi.


jika kamu mengapai tangannya,

dia akan berada disisimu disepanjang kehidupanmu.



jika kamu membiarkan dia pergi,

dia tidak akan kembali lagi menjadi seperti dirinya semula.



seorang gadis tidak akan mudah menangis,

kecuali didepan insan yang amat dia cintai,
dia menjadi terlalu lemah.



seorang gadis tidak akan menangis dengan mudah,

hanya jika dia amat mencintai kamu,
egonya diketepikan.



wahai lelaki,

jika seorang gadis menangis kerana kamu,
gapailah tangannya dengan erat,
kerana dialah insan yang akan hidup bersamamu susah
senang disepanjang kehidupanmu.



wahai lelaki,

jika seorang gadis menangis kerana kamu,
jangan kamu mengecewakannya,
mungkin disebabkan keputusan kamu itu akan
memusnahkan seluruh impian dan kehidupannya.



apabila dia menangis dihadapan kamu,

apabila dia menangis kerana kamu,
lihatlah kedalam matanya,
adakah kamu dapat rasakan keperitannya.



fikirlah..


pernahkah gadis lain menangis dgn penuh kesedihan

yang amat mendalam didepan kamu?
disebabkan kamu?
dia menangis bukan kerana lemah,
dia menangis bukan untuk simpati.



dia menangis,

kerana tangisan dalam diam itu bukan berpanjangan,
kesakitan, kepedihan dan kepahitan akan membakar dari dalam.



wahai lelaki,

fikirkanlah tentangnya,
jika seorang gadis menangis,
hatinya terluka kerana kamu.



DAN KERANA KAMU,

INILAH MASA UNTUK BERFIKIR KEMBALI APA YANG TELAH
KAMU LAKUKAN,
HANYA KAMU YANG TAHU JAWAPANNYA.
FIKIRKAN KEMBALI,
KERANA SUATU HARI,
IA SUDAH TERLEWAT UNTUK DIKESALI,

IA SUDAH TERLEWAT UNTUK DIPERBAIKI



p/s:  jgn terlalu bharap kesempurnaan..tp usaha untk beri kesempurnaan yg ada pda kita..
sharing is caring..