MEREKA.SUKA.JALAN-JALAN

24 Jun 2011

Gadis Penglipur Lara *1


Wahai kamu yang bergelar lelaki. Kaum yang gagah, pelindung kaum yang lemah,. Namun benarkah menjadi pelindung??

Mengapa perlakukan sedemikian, tidak tahukah kau apabila seseorang perempuan itu menyayangi seoarng, maka dia akan benar-benar sayang. Namun mengapa setelah sayang itu mula bercambah, mengapa kau membantutkan percambahan itu,?

Kasehnya bagai benih pohon, mula bercambah dan terus bercambah dan semakin membesar dan menjadi pohon untuk berteduh berlindung dari hujan, dari panas, dari angin kencang. Semakin banyak ujian datang,semakin kuat mengcengkam. Walaupun begitu, pohon itu tetap memerlukan lindungan untuk terus bertahan.

Tidak tahukah kau, hati wanita ini mudah tergores,skali tergores, xkan pernah hilang parut itu. Akan sentiasa kekal segar diingatan.

Kisah aku seorang gadis penglipur lara bersama hati yang duka...

Apakah kerna kau sudah jemu dengan kerenah aku.  apabila perlu,cari..xperlu, entah kemana kau campakkan? Xpernah pun aku menduakan diri kau. Kau kata kau sayang,tapi kau curang. Kau reka kan cerita pada mereka. Kau katakan kau telah tiada sesiapa, kau itu,kau ini.. kau nak tarik perhatian ek? Kau dah xcukup kaseh sayang ek?  Habis selama ni ape yang aku beri kalau bukan kaseh sayang? Mungkin sebab dunia sekarang ni xcukup hanya sekadar kaseh syg ek??

Aku xpinta kau hadiahkan ferrero rocher pada tiap kali anniversary seperti oag len, x aku pinta kek bertingkat dihiasi lilin, xku pinta hadiah emas berlian tiap kali besday aku. Tidak aku harap bunga mawar segar pada hari valentine yang entah ape-ape tu. Aku lalui hari-hari seperti biasa dengan penuh kaseh sayang yang xpernah berkurang walaupun ada kecewa, walaupun dalam hati teringin juga menerima kejutan yg menyenangkan,yg membuat kan aku senyum selebar-lebarnya. Ia cuma angan-angan yg xkan bisa ku gapai, kerna aku takut akan menerima kesedihan yg teramat selepas itu. Senyum itu hanya sementara,airmata setia bersama. Lama aku tunggu kau tunaikan janji nak beli cincin tp x ada,aku diam j. Cincin j pun bukan penting benda mcm tu, small d`pieces right? Mesti kau nak kata aku ungkitkan? Kalau aku x ungkit ada kau nak ingat k? Tp aku xcakap semua perkara tu pada kau,aku cuma bermonolog dalam hati ku. Sebab aku xnak hati kau tergores sepertimana hatiku tergores.

X mengapalah yang penting bagi aku adalah kaseh syg dan perhatian kau yg tulus ikhlas,jujur bukan plastic ok. Tapi semua tu dah xda,seperti awal kita bersama. Kau dah berubah,kau dah xadil padaku. Dulu xpernah kau tinggi suara,xpernah dengar makian, skarang kau dah pandai menipu,mula curang.

Segalanya sudah berubah,mungkin itulah perubahan yg kau katakan selama ini. Bila kau rasa nak marah kau marah j. bila kau rasa kau nak tinggal,kau tinggal j aku sendirian. bila kau xnak ckp dengan aku, kau silent fon, off fon,. Dengan oag len xpun, siap kau boleh jwb lg walaupun masa tu jam satu dua pagi. Kau cakap kau letih, k aku fhm, tp kau boleh j kuar. Kau boleh j on9, kau layan oag len dekat IM  facebook kau. Kau dah xde modal ek nak ckp dengan aku? Kau buat semua ni sebab aku ni xpandai jaga kau kan. Aku x perfect bro, x sepertimana yang kau impikan, harapkan, gambarkan, bayangkan..ahhh ape-ape je lah kan...

Aku takut untuk berharap, aku takut sampai dipersimpangan kau biarkan aku seorang disitu setelah kau jumpa arah tujunya.  Aku menangis, kerna ku tahu itu caranya untuk aku luahkan segala-galanya. Aku xmampu nak luahkan segalanya pada oag,kerna aku tiada bahu lain untuk aku menumpang. Aku sedar, aku insan yg tidak punyai apa-apa. Aku tidak secantik mereka itu, tidak pandai bergaya. Aku terasa rendah sgt diri ni,sehingga aku rasa seperti ingin berada didalam sebuah bilik kebal,agar tiada sesiapa tahu aku didalam, apa aku buat, bagaimana rupa diriku. Mungkin itu selayaknya untukku.

Jika kau tidak bahagia bersamaku, pergilah.. Aku relakan jua walau terpaksa. Aku doakan kebahagian kau, aku nak kau bahagia. Biarlah luka itu ku ubati, yg pahit tu biarlah aku telan, beban itu akan aku pikul. Aku redo jika itu ketentuan-Nya. Jika apa yg aku katakan ini tidak benar,kau boleh tegakkan benang itu,tp aku tahu benang itu dah basah. Janganlah kau tipu aku, aku dilahirkan sebagai kaum hawa yang dikurniakan naluri keibuan yg sgt kuat. Aku doakan kau brada di laluan yg benar kerna aku x mahu kau tersasar. Aku tetap sayang kan kau. Izinkan aku simpan memori yg lalu sebagai album untuk masa akan datang.

Seandainya kau maseh bersama ku, membimbing ku ke jalan yg benar. kau yg aku kenal adalah seorang yang bertanggungjawab, kuat semangat, penyabar, sentiasa mengusik ku membuat aku riang. Aku terima segla kekurangan kau. Aku rindu saat-saat yg berlalu itu. Namun masa xboleh berundur sperti reverse kereta bila xckup ruang nak masuk parking. Aku xnak kau menyimpan dendam di dalam hati. Aku nak kan kau hanya milikku zahir dan batin.
saya sayang awak..
depan saya awak ucapkan sayang
awak buat hati saya girang
tp lama-lama awak curang
sayang mula hilang
cinta pun terbang
saya nampak ada jurang
saya tahu awak bukan sayang saya sorang
saya rasa awak dah berpasang
tp sy nak awak thu,,awak yg saya sayang..

p/s: tetiba j dapat idea merapu tulis cerpen mcm zaman skolah..agak boleh x saya dapat cerpen terbaik bagi keseluruhan 330 pelajar tingkatan 3 mcm masa saya skolah menengah dulu? 


*Lame dah tinggal semua tu.
*Gilos ni bukan cerpen, ni cerita dongeng .. Ayat pun tunggang terbalik ada hati nak dapt cerpen terbaik..sewel
*tidak sangkut penyangkut paut memaut lengan dengan yg sedang hidup atau yg sedang mati. Hanya rekaan semata.