wahai bakal imamku,
bila aku melihat syabab islam tidak membawa kaki ke masjid bila azan jumaat berkumandang,
aku terpikir bagaimana dgn kamu,
adakah kamu membawa kaki mu menghadap Ilahi,
aku malu apabila melihat syabab islam tidak menunaikan solat jumaat,
aku mula terpikir adakah kau menunaikan solat jumaat,
bagaimana kamu mahu menjadi imamku,
bagaimana kamu mahu memimpin aku dan bakal mujahid dan mujahidah kita,
bagaimana kamu ingin menegur ku bila aku melakukan kesalahan,
adakah kau hanya mampu melihat kesalahan yang aku lakukan itu,
adakah kau hanya tertunduk sedih,
melihat mujahid dan mujahidah kita terus hanyut dengan permainan dunia,
wahai bakal imamku,
aku tidak mengimpikan paras rupa dari kau,
aku tidak mengimpikan kekayaan,
jika paras rupa dan kekayaan mu itu bisa melalaikan ku,
aku rela semua itu tiada,
cukuplah hanya sekadar yang mampu agar aku tidak lalai,
wahai bakal imamku,
pimpinlah aku,mujahid dan mujahidah kita dengan jalan yang diredhai,
tegurlah aku jika aku melakukan kesalahan kepadamu,
hukumlah mujahid dan mujahidah kita bila mereka melakukan kesalahan,
semoga kita dibawah lindungi DIA,
hanya ini yang aku pinta dari mu, imamku.
Hak Cipta Terpelihara Syifaa Zakaria.. :D
p/s: entri ini hasil nukilan sahabat ini dengan hasil perahan otaknya. dengan izinnya che ain men"copy".. semoga dia akan terus menghasilkan nukilan yang bernas.
1 ulasan:
sedih :( susah nak mencari imam yg betul2 imam di antara lelaki sekarang
Catat Ulasan